Saturday 9 April 2016

RESEPI KICAP DAN PELBAGAI

Pes mee mamak n resepi mee goreng mamak
resepinya
6 biji bawang besar*
1 labu bawang putih*
2 genggam lada kering (lada saya ni kurang pedas) nak tau lada kering ni pedas atau tidak tengok pada kerintingnya lada tu*
segenggam udang kering*
1/2 cawan sos cili/tomato
1/2 cawan kicap
garam, isi terakhir sekali..sbb kiub ayam dah ada garam
4 sudu besar gula
2 stok kiub ayam
1/3 cawan minyak masak

cara
*kisar bahan bertanda sehingga hancur - guna sedikit air
* panaskan minyak dlm kuali..masukkan bahan bertanda * ..tumis sehingga kering
dan pecah minyak..masukkan kicap..sos cili/tomato, kiub ayam, gula..tumis lagi
sehingga agak pekat..dah sambal menjadi agak gelap..
* tutup kuali ngan penutup sbb sambal mudah terpercik keluar... buka api dpur
sederhana sahaja..
* sambal ni masak nya agak lama ..lagi lama lagi sedap tapi kene kacau sentiasa ye
takut hangus di bawah.. perasakan..kalau dah ok jgn isi garam tapi jika tawar tambah sikit je garam.. sambal ni tak la masin sangat .. simpan dlm bekas tertutup tuk kegunaan lain..

resepi mee goreng ala mamak - saya lebih suka goreng utk sorang makan..so kalau nak masak sekali banyak agak2 la ye

resepi tuk sorang makan
segenggam mee kuning + lebih sikit
kobis, tahu goreng yang di potong nipis, tauge, sawi dipotong
telor
isi ayam dipotong dadu dan sotong

caranya
panaskan kuali..masukkan 2 @ 3 sudu minyak masak
masukkan 1 1/2 - 2 senduk lebih kurang pes mee goreng ..masukkan sotong, ayam..sehingga masak
masukkan sayur kobis, dan sawi dan rasa kalau tawar tambah garam
masukkan mee kacau semua dan buat lubang ditengah kuali masukkan 1 biji telor
biarkan sebentar kacau telor tu dan kacau sekali ngan mee...saya guna 2 sudip nak gaul mee... sekejap je lepas taruk telor kacau2 dan masukkan tauge gaul sebati dan terus angkat
*boleh dihiaskan dengan cili potong, taburan bawang goreng dan daun bawang dan limau nipis
Pes char keow teow
5liter air + tulang ayam (rebus)
145ml kicap pekat double camel
200ml kicap ikan
2.5sudu sos tiram
1.5sudu kacang taucu (blender)
2sudu stok ayam
5sudu aji
Garam secukup rasa

Sos cili thai
RESEPI CILI SOS BUAT SENDIRI: (ULANGAN).
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKKAN:

1kg. Cili Kering.
4 kg. Gula Pasir (kalau nak manis, tambah sekilo lagi).
350 gm Garam. Ikut Selera anda.
200gm Bawang putih (kalau lebih sedikit tak apa).
400gm Tepung Ubi Kayu ( Mamak gunakan tepung jagung sebagai bahan pemekat. kelikatan sos mengikut selera anda).
1 kg. Cuka Tiruan.
5 liter air masa mengisar keseluruhan mengisar cili. Semasa memasak tambah lagi 4 liter.
Nota: Sekiranya anda ingin menjadi usahawan cili sos gunakan pengawet makanan Sodium benzote dalam 600 PPM atau 12gm. Sodium Benzoate ini diluluskan oleh FDA dan boleh didapati di kedai-kedai Bahan Kimia Industri atau makanan kalu botol kecil cuma RM2.00 sudah memadai. Bagi suri rumah yang ingin buat skala kecil tak perlu gunakan tetapi selepas siap isi dalam botol simpan dalam bahagian dingin peti sejuk. Boleh tahan sehingga 2-3 minggu.

CARA-CARA:
1. Cili kering - Cili kering perlu buang bijinya. Cara untuk buang biji cili ialah dengan memotong serong (45 darjah) cili kering bersaiz lebih kurang dalam 10 mm. Masak selepas potong dan tapis. Semua biji Cili keluar dengan mudah. Cara ini juga boleh digunakan untuk membuat sambal tumis. Tak perlulah blender lama-lama sampai blender berasap. Masak cili itu supaya lembut (lebih kurang 1 jam). Mamak tak galakan rendam seperti kilang buat itu. Itu cara kurangkan kos dan tak sedap. Semasa mengisar itu masukkan bawang putih sekali (jangan lupa buang kulit pulak).
2. Masak kisaran cili kering seperti anda buat sambal tumis. Masukkan air. Tunggu sampai air mendidih. Masukkan Gula dan juga Cuka dan Garam. Rasa apa yang tak cukup mengikut selera anda.
3. cairkan tepung ubi (kanji) anda dengan air. Masukkan ke dalam cili yang tengah masak sedikit demi sedikit dan kacau rata. Pereksa kelikatan. Perlu ingat selepas sejuk sos anda akan menjadi lebih pekat.
4. Sodium Benzote ini sebagai pengawet akan bantu menghindarkan pertumbuhan kulat. Bahan kimia ini juga luas digunakan dalam Industri minuman. Ia tidak membahaya kepada manusia sekiranya digunakan cara betul. cuma kandungan tidak lebih dari 1gm untuk 1 kg berat tubuh manusia. Sila baca di wikipedia tentang bahan pengawet ini. Sodium benzote ini sangat larut dalam air biasa bukan dengan air panas. Maka cairkan dulu serbuk ini dengan air biasa dan campurkan dalam cili sos anda setelah sejuk. Suri rumah tak perlulah gunakan pengawet ini kecuali mahu jadi taukeh Cili Sos. Anda boleh perolehi 65 botol berat 330gm dari resepi ini. Taukeh Restoren yang beli bertong-tong cili sos dalam sebulan, boleh arahkan tukang masak anda buat cili sos ini semasa dia ada kelapangan untuk jimat kos dan boleh perolehi sos yang bersih dan sedap. Selamat mencuba.
Untuk pengetahuan , satu gram sodium benzoate boleh larut 2 ml air. Biasanya sodium benzoate ini dijual dalam bentuk serbuk dan perlu larutkan untuk digunakan. Kita boleh sediakan stok larutan ini dengan larutkan satu pound (Ib) dengan satu gallon air. Kepekatan ialah 0.1 peratus.
Sodium Benzote ini sebagai pengawet akan bantu menghindarkan pertumbuhan kulat. Bahan kimia ini juga luas digunakan dalam Industri minuman. Ia tidak membahaya kepada manusia sekiranya digunakan cara betul. cuma kandungan tidak boleh melebihi lebih dari 1gm untuk 1 kg berat tubuh manusia. Sodium benzote ini sangat larut dalam air biasa bukan dengan air panas. Maka cairkan dulu serbuk ini dengan air biasa dan campurkan dalam produk anda.
Sodium benzoate adalah adalah sesuai digunakan untuk ajen anti-microbial dalam makanan dan minuman. Ia bertindak dalam keadaan asid PH 4.5 ke atas. Ia perlu digunakan semasa keadaan tiada organisma dlm makanan ia itu semasa panas.

utk buat apa2 sos pun nie nisbah utk penggunaan sodium benzoate yang saya dapat dari jabatan pertanian dan mardi lebih kurang mcm nie....(berat modified corn starch dalam gram KALI DENGAN jumlah keseluruhan berat bahan-bahan dalam gram tidak termasuk sodium) BAHAGI DENGAN 1,000,000....dah dpt jumlah berat sodium benzoate KALI 2 untuk air bancuhan sodium....

 

 Yogurt

Bahan-bahan

1 cawan milk powder
4 cawan air
2 tbsp yogurt


How to prepare:
Masak susu dan air until boiling. Matikan api dan biarkan sehingga suam dan masukkan yogurt, tuangkan ke dalam Tupperware dan tutupkan Tupperware anda rapat dan balut dengakn kain selimut dan biarkan Tupperware yang dibungkus dengan selimut tu untuk 3-4 jam pada suhu bilik. Selepas itu dalam keadaan ini susu tadi akan membeku menjadi yogurt dan bolehlah simpan dalam peti ais dan sedia untuk dihidangkan.
(Note:- nisbah/sukatan untuk 1 cawan milk powder : 4 cawan air, klau nak buat lebih tu guna nisbah ni..)

- simpan 3 sudu utk buat yogurt seterusnya, x payah beli yogurt lg
air soya
bahan-bahan
- 1 kg kacang soya yg tlh direndam
- 1 kg gula
- 2 sudu susu cair (jika suka)
- 10 liter air
- 3 helai daun pandan

cara-cara
- rendam kacang soya 6 jam
- bersihkan dan tos
- kisar kacang soya dgn air yg disukat
- masak hingga mendidih masukkan gula, daun pandan last sekali
- utk jualan, masukan dlm plastik masa panas
- guna kacang soya kanada (kacangnya bentuk bulat dan besar, x de mata)
- jangan masak lama
- kacang yg direndam x habis guna ikat masuk dlm plastik macam ikat ikan spila...simpan dlm peti sejuk

Tau fu fa
bahan-bahan
- 1 kg  kacang soya yg telah direndam
- 10 g serbuk sekko/gdl
- 20 gm tepung jagung/ MCS
- 4 liter air

cara-cara
- rendam kacang soya 6 jam
- bersih dan toskan
- kisar dgn air yg disukat
- masak hingga mendidih
- satukan tpg jagung dan sekko tambahkan sikit je air dlm bekas utk pembekuan
- tuangkan air soya ke dlm bekas sekko dan tutup rapat selama 15 minit

#
- kisar hampas kacang sebanyak 4 kali
- jangan kacau/ buka tudung/ atau ubah kedudukan periuk sblm 15 minit

penyediaan air gula

bahan-bahan
- 800g/ 1 kg gula
- 3 l air
- bunga cengkih 5 kuntum @ halia 1 inci
- 2 helai daun pandan
- 1/2 sudu teh secubit garam
cara-cara
- satukan semua dan masak hingga mendidih 
Kicap lemak manis
Bahan-bahan

-  3 liter miromi (air soya)
- 1.5 liter air
- 195 g garam kasar
- 3kg 675g gula
- 1125 g caramel
- 10.5 g sitrik
- 10.5 g sodium benzoite
- 27g ajinomoto
Cara-cara
- air miromi + caramel= dipanaskan sehingga 45 darjah celcius
- masukkan gula+ air+ garam+ asid sitrik+ ajinomoto+ sodium benzoite sambil dikacau perlahan
- apabila kepanasan 95 darjah celcius matikan api
* tanda masak= naik air garam (ada kelompok oren)..dan bunga garam (buih2 kecil)
# guna senduk kayu (jangan guna senduk besi)
- guna garam kasar (jangan guna garam halus-cepat basi)
- api perlahan (jangan sampai mengelegak)
- sentiasa kacau
- tahan 2 tahun
Puding karemel tanpa telur
Puding Karamel Tanpa Telur
sumber : <a>http://syapex.blogspot.com/</a>

Bahan A
-2 sudu besar gula pasir ( gula hangus )

Bahan B ( puding )
-1 peket agar-agar serbuk 10gm
-4 cawan air
-1/2 cawan gula pasir [ aku letak 1/3 cawan ]
-1/2 cawan susu pekat manis
-1 tin susu cair
-3 sudu besar tepung kastard
-1 sudu kecik esen vanila

#ganti i tail=6 cawan air

Cara-Cara
Mula-mula buat gula hangus. Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang. Kemudian ketepikan.
Satukan semua bahan B. Kacau atas api. Adunan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat, tutup api, tapis dan tuang ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk sehingga puding mengeras, Terbalikkan puding dan boleh dihidangkan.
Cincau
Cincau

Bahan untuk ekstrak cincau
25 gm daun dan batang pokok cincau
5 ml air abu
1.2 liter air untuk merendam/ merebus cincau

Cara :
1. Cuci batang dan daun cincau beberapa. Buang bendasing dan rendam batang dan daun cincau
selama 15 minit.
2. Dengan menggunakan air rendaman, rebus daun dan batang cincau sehingga mendidih selama
1 - 1/2 jam. Air rebusan hendaklah dikacau selalu untuk menggelakan ia meruap.
3. Sejukkan rebusan sebentar , tapiskan rebusan ini dengan menggunakan kain maslin
(lembabkan terlebih dahulu) . Baki tapisan siran dengan sedikit air panas dan kacau rata2 dan
tapis sekali lagi sehingga mendapat 500 ml ekstrak cincau.

Bahan untuk memekatkan cincau
500 ml ekstrak cincau
25 gm tepung keledek / tepung jagung
50 ml air biasa

1. Masukan ekstrak ke dalam periuk dan jerang dengan api yang sederhana.
2. Bancuh tepung keledek/tepung jagung dengan air dan kacau rata.
3. Tuang bancuhan tepung ke dalam ekstrak dan kacau rata. Pada ketika ini biar bancuhan mendidih,
memekat dan menjadi kilat. Kacau rata.
4. Bancuhan akan kelihatan mencair semula. Matikan api dan tuangkan adunan dalam bekas yang disukai sejukkan. bila telah benar2 sejuk, bolehkan digunakan untuk membuat minuman atau campuran ABC.
Remedi Jantung tersumbat
Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi atau bypass, bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak perlu melalui pembedahan bypass tersebut.

Resepi ini untuk dikongsi bersama.

Bahan diperlukan:

1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal
3 cawan madu semulajadi

Cara

Campurkan semua bahan di atas kecuali madu dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih.

Minum campuran ubat ini satu (1) sudu makan setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. In sya Allah rawatan ini akan berhasil.

Testimoninya adalah seorang doktor iaitu jiran saya...DR SHAH RAZALI Srixon Code ...Pengerusi Shah Groups... bila 2 saluran darahnya tersumbat dan akan dibuat bypass saya telah mencadangkannya agar mencuba perubatan ini... dan dia telah mengamalkannya minum sesudu 2 kali sehari... Alhamdulillah bila hendak dibuat bypass pemeriksaan keatasnya mendapati 2 saluran yang tersumbat telah terbuka
IBU SAMBAL NASI LEMAK CUNNN KAK AINI
Bahan-bahan:
4 cawan cili kisar
#6 biji bawang besar
#3 biji bawang putih
#30 gm belacan
#1/2 cawan bawang goreng
Bahan bertanda # semua di kisar halus
½ cawan gula
Garam dn serbuk perasa
½ cawan air asam jawa
5 biji bawang besar-dihiris dan di goring layu (jika suka)
Minyak untuk menumis
Caranya:
-Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar kecuali bawang goreng
-Masukkan gula di awal menumis tujuannya supaya sambal bewarna merah yang cantik
dan cepat kering dan pekat
-Setelah sambal pekat masukkan bawang goreng yang di kisar dan air asam jawa
-Tambahkan garam dan serbuk perasa dan sesuaikan rasanya.Tambahkan air jika perlu
-Masak sehingga pekat dan berkilat barulah masukkan bawang besar yang telah di goreng layu
-Hidangkan bersama nasi lemak


****jika nak buat ibu sambal jangan masukkan belacan dan bawang besar yg digoreng layu
****masak sambal dgn kuantiti yg banyak dan bila menyediakan nasi lemak ambil beberapa
senduk ibu sambal dan masukkan belacan hancur yg telah di bakar dan panaskan semula
dan masukkan bawang besar yg telah digoreng layu
****sambal sotong..panaskan ibu sambal jika perlu masukkan sedikit minyak.Masukkan sotong
Yg telah di potong dan masak hingga kuah pekat.Sesuaikan rasanya dan angkat
****sambal ayam..cara sama mcm sotong.Dah goreng ayam cmpur ibu sambal secukupnya dan
masukkan sos cili dan sos tomato serta bawang besar.
****Begitu juga dengan udang..paru..telur..kerang dll

PEMASARAN

http://www.carigold.com/portal/forums/printthread.php?t=240335&pp=10&page=2

BISNES BERJAYA - 14 RAHSIA

http://fitrihadi.com/2015/03/tips-lelaki-jana-rm15k-berkongsi-14-rahsia-bisnes-berjaya/

RANCANGAN PERNIAGAAN MAKANAN SEJUK BEKU

http://ite-webuildsdnbhd.blogspot.my/2014/04/rancangan-perniagaan-makanan-sejuk.html

MAKANAN SEJUK BEKU DAN RESEPI

http://noorfilzahismail.blogspot.my/2013/12/makanan-sejuk-beku-frozen-food.html

KAJIAN MARDI - POTENSI MAKANAN SEJUKBEKU DI SELANGIR

http://etmr.mardi.gov.my/Content/ETMR%20Vol.9b%20(2014)/Vol9b_8_.pdf